Menu

  • Daftar Isi
  • Rasulullah
  • Sahabat
  • Nabi & Rasul
  • Ulama'Sholeh
  • Qolbi
  • Akhlaq & Etika
  • Doa & Dzikir
  • Shalawat
  • Ayat & Surat
  • Tentang Rezeqi
  • Tentang Cinta
  • Ttg Keluarga
  • Catatan
  • Cinta Sufi
  • Sabtu, 13 Juli 2013

    Rasulullah saw – Allah Menolak 1 Doa dari 3 Doa Nabi saw

    ‘Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : “Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu’awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut sholat bersama dengan Rasulullah S.A.W.
    Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang kepada Allah S.W.T :
    Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W pun berpaling kepada kami lalu bersabda :
    “Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu Cuma dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
    1.       Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
    2.       Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh Allah S.W.T.
    3.      Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak dibinasakan karena permusuhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan antara sesama Islam). Tetapi permohonanku tidak diperkenankan (telah ditolak).

    Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bermusuhan sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita melihatnya ?

    Tidak ada komentar:

    Posting Komentar

Ajine Diri Soko Lati (Kemuliaan Diri dari Lidahnya). Ajine Jiwo Soko Toto (Kemuliaan Jiwa dari penyunciannya). Ajine Rogo Soko Busono (Kemuliaan Jasmani dari Pakaiannya). Ajine Pangan Soko Roso (Kemuliaan pangan dari Rasanya). Ajine Harta Soko Amal (Kemuliaan harta dari Amalnya).

--------------------------------------------------------------------------------------------------------